Merakam Semangat. Berkongsi Kisah. Meraikan Rakyat.
Satu gambar, sejuta makna. Sertai BERSAMA MALAYSIAKU dan rakam semangat Malaysia.
Gerakan
#BersamaMalaysiaku ialah gerakan nasional yang menghimpunkan wajah-wajah rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat menerusi lensa fotografi. Ia meraikan semangat kerja, nilai murni, dan kebersamaan yang menjadi nadi kepada jati diri negara.
Daripada peneroka di ladang, petani di kebun, jururawat di hospital, guru di bilik darjah, ibu tunggal dan warga desa hingga peniaga kecil di pasar, setiap foto menggambarkan kisah sebenar perjuangan rakyat. Setiap gambar adalah cerita, dan setiap cerita membawa semangat kerja kuat rakyat.
Objektif
Menggalakkan perpaduan rakyat Malaysia melalui perkongsian foto yang menunjukkan semangat kerjasama dan kebersamaan dalam kehidupan seharian.
Kerjasama Strategik
Gerakan ini dilaksanakan menerusi kerjasama strategik dengan pelbagai kementerian, organisasi dan rakan media.
Perlindungan Privasi
Semua penyertaan akan dikendalikan dengan penuh kerahsiaan dan mematuhi garis panduan perlindungan data peribadi.
Cara Mudah Untuk Menyertai
Hanya 4 langkah mudah untuk menjadi sebahagian daripada gerakan #BersamaMalaysiaku

Ambil foto anda secara individu semasa bekerja

Lengkapkan borang penyertaan dengan maklumat yang diperlukan

Muat naik foto dan hantar borang penyertaan anda

Kongsi gerakan di media sosial dengan hashtag #BersamaMalaysiaku
Sedia untuk Menyertai?
Lengkapkan borang penyertaan dengan maklumat yang diperlukan
Hantar Gambar SekarangDengan Kerjasama
Gerakan #BersamaMalaysiaku dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai kementerian, agensi dan jabatan kerajaan Malaysia





Soalan Lazim
Jawapan kepada soalan yang sering ditanya mengenai gerakan #BersamaMalaysiaku
Proses Penyertaan
- Portal rasmi: www.bersamamalaysiaku.malaysiamadani.gov.my
- Nama penuh
- Umur
- No Telefon ATAU Alamat Emel
- Pekerjaan
- Lokasi (Negeri)
- Foto beresolusi tinggi
- Cerita pendek atau kapsyen (maksimum 150 patah perkataan)
- Format: JPG, JPEG atau PNG
- Saiz maksimum: 10MB
- Disarankan dalam orientasi landskap (4:3) atau portrait (3:4) atau persegi (1:1)
Bingkai & Muat Turun Foto
- Sistem akan automatik membingkaikan foto anda menggunakan reka bentuk rasmi gerakan.
- Anda boleh memuat turun foto berbingkai dan digalakkan untuk memaparkan foto pilihan anda di media sosial beserta hashtag #BersamaMalaysiaku.
Isu Teknikal
- Saiz fail tidak melebihi 10MB
- Sambungan internet stabil
- Cuba semula menggunakan peranti lain atau browser terkini Jika masih gagal, sila emel ke: 80008000@mygcc.gov.my
Terma & Kebenaran
Lain-Lain
📧 Emel Rasmi: 80008000@mygcc.gov.my
🕘 Waktu Operasi: Isnin - Jumaat | 9 pagi - 5 petang
Terma & Syarat
Sila baca dan faham terma serta syarat penyertaan gerakan #BersamaMalaysiaku
Hak Cipta, Kebenaran Penggunaan & Tuntutan Bayaran
-
Dengan menghantar penyertaan, peserta memberikan kebenaran kepada penganjur untuk mengguna, memapar, mengedar dan menyunting kandungan (foto & kapsyen) dalam mana-mana platform dan menyiarkan kandungan tersebut di media sosial, televisyen, billboard digital dan portal rasmi kerajaan. Peserta masih mengekalkan hak milik asal foto mereka.Peserta bertanggungjawab memastikan tiada pelanggaran hak cipta dalam kandungan yang dihantar.
-
Peserta bersetuju bahawa tiada bayaran atau tuntutan akan dibuat terhadap pihak penganjur untuk penggunaan foto yang dihantar.
Penyertaan Terpilih
Foto dan kisah yang menyentuh emosi, unik dan memberi inspirasi berpeluang untuk ditampilkan di media sosial dan saluran rasmi, disiarkan di stesen televisyen tempatan dan dipaparkan di papan digital LED.
Penolakan & Pembatalan
Penganjur berhak untuk menolak, menarik balik atau memadam sebarang penyertaan yang mengandungi unsur sensitif, lucah, berbaur politik atau perkauman, menunjukkan simbol, logo atau pakaian yang melanggar etika gerakan dan menggunakan kandungan palsu, dimanipulasi atau dihasilkan sepenuhnya oleh AI tanpa pendedahan.